Siti
Fatimah Azzahra as, adalah putri bungsu kesayangan Rasulallah s.a.w. Siti
Fatimah Azzahra, adalah putri teladan. Ketaatan dan kesetiaannya kepada ayah
dan bundanya adalah menjadi contoh teladan yang baik sekali bagi seluruh
wanita.
Siti Fatimah Azzahra
telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk kepentingan Islam dan Ummatnya. Siti
Fatimah dengan setianya mendampingi suaminya Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib
dalam keadaan suka dan duka. Belau telah berhasil
mendidik kedua anandanya Hasan dan Husain dengan akhlak dan budiperkerti yang
mulia. Siti Fatimah senantiasa berusaha membantu fakir miskin dan mereka yang
sangat mengharapkan pertolongan.
Siti Fatimah Azzahra
dibesarkan dalam asuhan dan didikan langsung ayahandanya yang tercinta
Rasulallah s.a.w. Kasih sayang dan kecintaan Nabi s.a.w. kepada Siti Fatimah
Azzahra, terutama disebabkan tingkah laku dan tabiatnya banyak mirip dengan
ayahandanya.
Hidup
zuhud dan tekun beribadah adalah sifat yang dimiliki Fatimah Azzahra. Beliau
menghayati hubungan yang ikhlas dengan Allah s.w.t. Sifat mulia yang
dimilikinya sebagaimana telah diceritakan oleh Asma binti Umais, “Pada suatu
hari aku berada dirumah Siti Fatimah Azzahra.Tiba-tiba ketika itu Rasulallah
s.a.w. datang ke rumah Siti Fatimah. Ketika itu Sitti Fatimah memakai seuntai
kalung emas pemberian suaminya Imam Ali bin Abi Thalib k.w. Ketika Rasulullah
melihat kalung itu, lalu Nabi s.a.w.bersabda, “Hai anakku apakah engkau bangga
disebut orang sebagai putri Muhammad, sedangkan engkau sendiri memakai jaababirah
? “(perhiasan yang biasa dipakai oleh putri bangsawan). Ketika itu juga Siti
Fatimah melepaskan kalungnya itu, dan menjualnya. Hasil dari harga kalung
tersebut Siti Fatimah membeli seorang hamba dan hamba tersebut dimerdekakan.
Ketika Rasulallah s.a.w mendengar berita tersebut Nabi s.a.w. amat bergembira
dan mendo’akan Siti Fatimah sekeluarga.
Dalam
peristiwa lainnya yang diriwayatkan oleh Thuban, ia berkata, “Ketika Rasulallah
s.a.w. pulang dari suatu peperangan, seperti biasanya Nabi s.a.w. singgah ke rumah
anakandanya Siti Fatimah, ketika itu Nabi s.a.w. melihat kedua-dua cucundanya
memakai gelang perak. Nabi s.a.w. tidak jadi singgah, dan Nabi terus pulang
kerumahnya.
Mengetahui
hal tersebut Siti Fatimah menyadari bahawa Nabi tidak jadi singgah, disebabkan
perhiasan yang dipakai oleh kedua-dua cucunya itu. Lalu Siti Fatimah Azzahra
dengan tidak ragu-ragu lagi membuka perhiasan gelang yang dipakai oleh kedua
anaknya itu dan dihancurkan sehingga berkeping-keping. Hal tersebut menyebabkan
saidina Hasan dan Husain menangis, meskipun dipungut kembali kepingan gelang
perak itu dan diserahkan kepada Saidina Hasan dan saidina Husain, yang ketika
itu belum tahu apa-apa.
Kedua
mereka sambil menangis mendatangi Kakeknya, Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w.
mengambil kedua kepingan gelang itu dan menyuruh Thuban pergi membelikan
gantinya, untuk Siti Fatimah sebuah kalung dari ashab (sejenis benang yang
dipilin) dan dua gelang yang terbuat dari gading untuk cucundandanya.
Sambil
Nabi s.a.w.bersabda:
”
Mereka itu Ahlul Baiytku, aku tidak ingin mereka kehilangan kebajikan karena
masaalah duniawi ini…!” (Riwayat Thuban diungkapkan oleh At-Thabbarry dalam
kitabnya “Siratul Mustafa”.)
Siti
Fatimah Azzahra meningkat dewasa bersamaan dengan pertumbuhan Islam disaat-saat
menghadapi berbagai halangan dan rintangan dan disaat-saat amat genting. Siti
Fatimah Azzahra dilahirkan pada hari Juma’at 20 Jumadil akhir tahun kelima
sebelum Nabi s.a.w.menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki
dan membangun kembali ka’bah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan
tersebut.
Siti
Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita
terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan
yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar
semerbak).
Jutaan
Muslimat Ummat Nabi s.a.w. kemudian ramai yang menamakan putri mereka dengan
Fatimah. Siti Fatimah Azzahra, lahir dan dibesarkan di bawah naungan wahyu
Ilahi yang diterima oleh ayahandanya Muhammad s.a.w. Siti Fatimah dilahirkan
dan dibesarkan ditengah keluarga suci. Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri
betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam
memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah
diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah
s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w.
dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish.
No comments:
Post a Comment